Sunday, 11 October 2015
BENGKEL PENYELIA-PENGURUSAN RACUN RUMPAI SERTA LAWATAN KILANG GETAH FRISB TELOI TIMUR
Pada 19 September 2015,Pengurusan Wilayah Alor Setar melalui Unit Pertanian Wilayah telah menganjurkan satu bengkel kepada penyelia-penyelia Wilayah Alor Setar.Seramai 40 orang penyelia telah terlibat di dalam bengkel ini.Bengkel yang diadakan ini telah sedikit sebanyak memberi pengetahuan serta kemahiran mengurus racun rumpai di peringkat rancangan kepada para penyelia ini.
Selain itu,Pegawai Pertanian Wilayah iaitu Encik Ishak Bin Mohamad Noor telah membawa kumpulan penyelia ini melawat kilang getah di FELDA Teloi Timur.Peserta bengkel ini telah didedahkan bagaimana getah diterima dan diproses menjadi SMR 20.
Bengkel ini berakhir pada jam 5.00 petang dan perasmian penutup telah dibuat oleh Pengurus Besar Wilayah iaitu Encik Abd Rahman Bin Ahmad.Semoga dengan pendedahan ini dapat menyumbang secara teknikal dan pengalaman kepada Penyelia di Peringkat Rancangan.
Subscribe to:
Posts (Atom)